Friday, October 22, 2010

seloka 5 AMANAH ; by dila

Assalamualakum pembuka bicara,
salam sejahtera untuk pembaca,
5 AMANAH membuka cerita,
suka duka kami bersama.

macam- macam ada dikelas kami,
penuh drama padat beraksi,
dibintangi 13 putera 16 puteri,
adventure woi...kelas nie..

sebagai peneraju 5 AMANAH,
amat dihormati berkeperibadian tinggi,
masa mengajar tak pernah marah,
CIKGU HARYATI paling kami sayang.

hobi budak ni pelik sekali,
gigit pen tak henti-henti,
bila senyum muka berseri-seri,
inilah dia MOHD HASIF tok ketua kami.

assistant monitor itulah tugas,
Hasif lesap dialah pengganti,
orangnya lembut tapi tegas,
THANISHA SELVAM empunya diri.

dalam kelas dialah ceti,
memeras ugut tak henti-henti,
kalau tak bayar habislah kami,
FADILAH akan menjelma dalam mimpi.

kecik molek badan budak nie,
DBKU jawatan yg diberi,
pipinya 'chubby' comel sekali,
KHAIRUNNISA , kenapa tak tinggi lagi.

naik skuter setiap hari,
badan kurus menawan sekali,
mencantikkan kelas memang dia punye duty,
FAIZNUR ketua alam flora kami.

MOHD SYAHID nama diberi,
suka tido time cikgu mengajar,
menyakat orang memang dia punye hobi,
siapa kawan dengan dia banyak-banyaklah bersabar.

lemah lembut si gadis sunti,
bila ketawa mukanya merah,
sebagai 'puteri' di kelas kami,
itulah dia IDA AMIRAH.

Angan-angan tinggi sekali,
nak pakwe orang dari 'KOREA',
name budak nie SUTHASHINI,
tak dapat 'KOREA' mutusamy pon jadilah...

AHMAD AIZAT pelajar baru,
attitude diri belum dikenalpasti,
walaubagaimanapun harap otak tak haru,
bila dah masuk ke kelas kami.

masa belajar sentiasa lapar,
rajin bawa bekal hari-hari,
mukanya polos bermata besar,
siapa lagi kalau bukan WAN AMNI.

orangnya kemas berkaca mata,
bila bercakap mencairkan dunia,
MOHD FIRDAUS si bibir merah,
jangan puji lebih-lebih nanti awek dia marah.

bila senyum sepenuh hati,
agak pendiam, rajin sekali,
kalau ketawa memang susah nak berhenti,
FAZATUL AKMA nama diberi.

HENG dan CHOO sahabat sejati,
dalam kelas asyik duduk bersebelah,
ini saja apek yang ada kat kelas kami,
yang lain semuanye dah menyerah.

diam-diam ubi berisi,
budak pandai lagi baik hati,
orangnya kurus ditambah dengan tinggi,
SHAHIRA BADROL HISHAM,
janganlah meninggi lagi.

sekali pandang macam nia ramadani,
orangnya bijak berkeyakinan tinggi,
budak baru di kelas kami,
VALERIE DIANDRA QUAH manis sekali.

sungguh manis senyuman diberi,
tahi lalat menambah seri,
SITI NORATHIRAH empunya diri,
suara kecik memikat hati.

jeling-menjeling ZAINUDDIN dan JANANI,
VINOD dan GHEVIL sakit hati,
umpama cerita hindustan kat tv,
satu perempuan tiga lelaki.

kalau pasal gelak memang dia punya hobi,
lawak tak menjadi pun dia bantai sekali,
sangat periang di kelas kami,
SITI SARAH NURUL LIYANA panjang nama budak nie..

ratu rock trademark diberi,
suaranya serak unik sekali,
NUR AMALINA NADIA gerangan diberi,
pakai tudung tiga segi.

UMI SYAFIERA sedap nama ni,
mulut kecik tapi celupar,
kalau tak kenal memang tak puas hati,
tapi sebenarnye dia ni baik lar....

timbul pula jejaka skema dikelas kami,
muka serious tapi dia memang funny,
kalau dia takde kelas terasa sunyi,

itulah penangan kuasa SUPERMAJDI.

Lenggang -lenggok si anak dara,
nampak kecik tapi kuat lari,
dia nie sah-sah dah berpunya,
ATIQAH YUSUFF famous gak budak nie.

ZAKUAN NAZARI budak pendiam,
kat dalam kelas asyik termenung,
cikgu mengajar nampak muka macam faham,
bila ditanya soalan kelam-kabut mintak kawan tolong.

control macho setiap masa,
kat dalam kelas dikenali sebagai 'BEGAR',
SHAHEERAN ANAZ baik punya nama,
mangsa buli sudah semestinya.

MOHD RADI berbaju biru,
tangan je besar tapi tulisan mak aii...keciknye,
bila bercakap mesti merepek punya,
dah termaktub perangainya begitu.

perangai kami memang tak masuk akal,
kekadang memang menyakitkan hati,
5 AMANAH sememangnya nakal,
namun SPM dekat dihati.

sepuluh jari memohon kemaafan,
jika ada salah dan silap atau terguris hati,
restumu GURU kami sentiasa dambakan,
sebagai bekalan di Dewan nanti.

wink**
sayonara

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget